Pages

Tips Penjagaan Kulit Muka Berminyak

Thursday, February 8, 2018

Assalamualaikum dan bertemu lagi..
Anda mengalami kulit muka berminyak? Kalau macam tu sama la dengan saya. Minyak yang berlebihan di muka bukan sahaja akan menyebakan keyakinan diri menurun, malah jika tidak dikawal, liang pori akan mudah tersumbat dan kulit akan lebih mudah rosak dan berjerawat.

Jadi hari ini saya akan kongsikan mengenai bagaimana cara untuk kita mengawal minyak yang berlebihan terutamanya di kulit wajah.


Fungsi Minyak Pada Kulit Muka

Sebenarnya kulit muka menghasilkan minyaknya sendiri untuk menghalang daripada kulit menjadi terlalu kering dan mengelakkan dari kekotoran dan habuk. Namun jika minyak yang dihasilkan berlebihan, muka akan kelihatan berminyak dan mudah berjerawat.

Faktor  Kulit Muka Berminyak

Terdapat 6 faktor  utama yang boleh menyebabkan kulit muka menghasilkan minyak yang berlebihan:

1) Pemakanan
- pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak akan menyebabkan kulit muka mudah berminyak.

2) Kosmetik
- ada di antara kita yang menggukanan alat kosmetik yang tidak sesuai dengan jenis kulit muka dan menyebabkan kulit muka rosak, berminyak dan berjerawat.

3) Genetik
- faktor keturunan juga boleh menjadi punca kenapa kita memiliki kulit berminyak. Namun jangan risau, pengeluaran minyak ini dapat dikawal dengan beberapa tips yang boleh diamalkan.

4) Hormon
- hormon yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan kulit muka berminyak. Ada sesetengah wanita yang bila waktu period akan mempunyai wajah yang berminyak dan berjerawat.

5) Stress atau Tekanan
- stress tidak akan menyebabkan kulit berminyak, namun stress dapat menyebabkan hormon di dalam badan tidak seimbang.
- hormon tidak seimbang ini pula akan mempengaruhi tubuh badan untuk menghasilkan minyak yang berlebihan.

6) Cuaca Panas
- pendedahan pada cahaya matahari atau cuaca panas yang terlalu lama juga akan menyebabkan kulit menjadi berminyak.

Tips Penjagaan Kulit Muka Berminyak

1) Pilih pemakanan yang seimbang
- elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak, gula dan garam. Sentiasa pastikan nutrisi yang diambil adalah seimbang dan tidak berlebihan.

 2) Minum air yang banyak
- ini penting supaya air dapat menyingkirkan toksin di dalam badan yang dapat menyebabkan penghasilan minyak dan pertumbuhan jerawat.

3) Guna pembersih muka yang lembut
- pilih pembersih muka yang mengandungi benzoyl peroxide, salicylic acid, glycolic acid atau beta-hydroxy acid.
- kandungan ini sesuai untuk semua jenis kulit dan dapat mengawal penghasilan minyak
- disarankan Set Penjagaan Kulit Muka Youth yang sesuai untuk semua jenis kulit, lebih info disini.

4) Elak cuci dengan bahan kasar
- jangan mencuci muka menggunakan kain / tuala / span yang kasar. Ini akan menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak menggantikan minyak yang hilang tadi. 

  5) Cuci muka siang dan malam
- mencuci muka sewaktu bangun dan sebelum tidur dapat menstabilkan pengeluaran minyak.

6) Cuci dengan air suhu bilik
- elakkan mencuci muka dengan air panas. Ini bukan sahaja akan menyebabkan kulit rosak, malah akan menyebabkan penghasilan minyak yang berlebihan.

7) Pilih moisturizer yang sesuai
- elakkan moisturizer yang mengandungi petroleum dan shea butter. 2 kandungan ini hanya sesuai untuk kulit jenis kering.
- pilih moisturizer yang oil-free dan mengnadungi dimethicone, untuk memberikan penampilan yang lebih 'matte' dan menghalang kulit berminyak.
8) Sentiasa membawa tisu muka
- ini dapat membantu menghilangkan minyak dengan lebih cepat.

Supplemen Shaklee Untuk Kulit Muka Berminyak

Pengambilan supplemen yang sesuai turut dapat membantu anda untuk mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan tidak berminyak.
Di Shaklee, terdapat beberapa produk vitamin yang dapat membantu anda untuk mengawal keseimbangan penghasilan minyak di kulit muka.

Vivix
  • Mengandungi 13 kali ganda antioksidan berbanding vitamin antioksida yang lain. 
  • Vivix dapat membantu meneutralkan kesan tindak balas kulit terhadap sinaran UV, hormon tak stabil, bakteria dan juga menghalang radikal bebas. 
  • Vivix akan memperbaiki sel-sel untuk kembali berfungsi normal dan penghasilan minyak yang terkawal.
ESP
  • Kandungan protein dari soya ini dapat membantu mengecilkan dan menutup liang pori-pori atau liang roma yang terbuka. 
  • Jika liang roma terbuka, kotoran akan mudah masuk dan menyebabkan ia tersumbat. 
 
Sustain Release Vitamin C
  • Mengandungi kolagen yang dapat membantu menguatkan sel-sel kulit
  • Menggalakkan pembentukan kolagen secara semulajadi
  • Mengandungi antioksida yang dapat menentang radikal bebas yang dapat menyumbat liang roma sehingga kulit menjadi berminyak
Omega Guard
  • Ketika kulit berminyak, kulit mudah menyerap bakteria dan menyumbat pori-pori
  • Omega 3 di dalam Omega Guard dapat mengawal kelembapan struktur kulit yang tidak stabil dan membantu mengekalkan keanjalan. 
Carotomax
  • Vitamin A yang terdapat di dalam Carotomax dapat mengekalkan, membaik pulih, dan mengukuhkan sel-sel tisu pelindung kulit.
  • Bertindak sebagai antioksida menyingkirkan toksin dari badan serta mengawal penghasilan sebum yang seimbang. 
  • Retinod dalam Vitamin A turut membantu masalah jerawat.
Jadi sekarang anda dah tahu punca dan alternatif selesaikan masalah muka berminyak ni kan? Oleh itu, jangan berlengah lagi, cepat hubungi saya untuk dapatkan set kulit muka berminyak ini. Kenapa perlu bazirkan duit kepada jenama yang tidak pasti berkesan dan selamat? Setiap dari kita berhak untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik. 


Bagaimana Untuk Mendapatkan Produk-produk Ini?

Untuk membuat pembelian secara terus, anda hanya perlu klik butang di bawah:
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=2393f2ba6d1d4aa2c3fb82f8a7a751f3


Untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Call/Sms/Whatsapp: 013-5883810
FacebookHamidah Ahmad
Fpage : Kedai Ummi Zara
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.


Pengedar Shaklee Perak
Penghantaran terus untuk kawasan Taiping, Kamunting, Bagan Serai, Semanggol, Kg Dew, Simpang dan Trong.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.





No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS